Wednesday 11 December 2013

Al-Fatihah Buat Arwah Abah 18 Julai 1945 - 5 Disember 2013


Al - Fatihah buat arwah abah yang telah kembali kerahmatullah pada jam 7.15mlm Khamis 5 Disember 2013 bersamaan 2 Safar 1435H..

Semoga abah tenang dan dicucuri rahmat olehNya di sana.
Sesungguhnya..kami semua amat merindui gelak tawa,senda gurau,lawak,cerita abah yg panjang berjela tuh walau pun boleh dipendekkan.. 
Dimana2 berada dimata kami masih nampak abah....
Itu dimata anak2..dimata mak apatah lg.. 
Berat mata memandang..
Berat lagi bahu memikul..
Abah Mak setelah 37 tahun hidup bersama..tetiba nikmat berdua-duaan ditarik..sapa yang tidak terasa..
Dimana ada abah..disitu ada mak.. 
Mak..tabahlah hati..anak2 mak masih ada..kami semua perlukan mak..dan kami semua masih ada utk mak..



Monday 7 October 2013

JJCM 4 Syawal @Songkla@Hadyai

Salam..
Raya baru2 ni..kami berpeluang pergi melancong border kpd Kedah..apa lg Thailand la.. mmg dh plan b4 puasa nk p Hadyai time cuti raya.
Kami pergi dgn van yang dipandu Pakcik Ibrahim @ Pakcik Brown. Mmg Pakcik Brown ni kerjanya mmbawa van utk ke Thailand atau org Kedah sebut ja Siam.. So kul 9 pagi kami tolak dan sampai di Songkla dlm kul 10.30pg.. xjauh pun kalau dr Jitra ni.. itu pun kami masuk border melalui Padang Besar..kata Pakcik Brown cpt lg kalau dari Bukit Kayu Hitam..
Sampai Songkla @ Samila Beach kami canda lu di tepi pantai yg glamour dgn duyung tu.. story sbb apa ada duyung tu sila google sndiri.. Sepanjang pantai Samila ni..tgk bersih ja kawasan dia.. emm so considered sini dijaga dgn baik.. Yg happy kt sini budak2 tu la..naik kuda sepanjang pantai.. harga 150 baht @RM15.. Pastu kami lunch di restoran Islam di area tu gak.. Menu mesti la tomyam,ikan siakap kukus..kerabu. Harga pun boleh tahan.. tp rasanya kalau nk murah lg pergi gerai2 tepi jln ja..tp dh lapar punya psl.. xkesah la..
Pastu kami singgah solat di Masjid yang terkenal dgn org Malaysia tuk nikah di Thailand.. Pakcik Brown kata sapa yg nk nikah di Thailand di Masjid ni la org Malaysia cari.. OK noted ya sapa yg berhajat tu.. nk detail sila PM..
Lepas solat..kami teruskan dgn shopping time.. xde la beli byk pun.. price biasa jek.. byk beli kt budak2 je..
Lps saja shopping di Bandar Hadyai.. kami terus ke Floating Market.. Di sini..yg bestnya semua penjual berniaga di atas bot.. Sebab tu la dipanggil Floating Market.. Makanan kt sini Insha Allah halal.. dorg tulis halal.. makanan pun ikut perut org Malaysia gak.. mcm2 la makanan dan minuman dijual di sini. Yg best tu.. minuman tu dijual dalam bekas pasu tanah liat. Pasu tu plak mcm2 bentuk ada.. Doremon,Ultraman semua ada..mmg comel dan kreatif dorang ni..baloi gak la kalau air laici 20Baht..emm murah la tu..dapat bekas yg boleh recycle kan..
Lepas habis di Floating Market kami terus balik..berenti makan di Danok..makan lg.. dan di Danok ni glamour dgn daging bakar.. boleh la thn sedap.. Lepas ni kalau nk makan lg.. emmm dekat jek dari rumah mak abah kt Jitra tu.. Danok kan sempadan Bukit Kayu Hitam ja. BORDER PASS kan ada.. tu la untung jd rakyat yg dok border ni.. xyah passport pun..  Kena plak mlm kami sampai situ punya la ramai orang Malaysia yg nk kuar dr Thailand.. beratur panjang gak la sapa yg guna passport.. tp disebabkan guna BORDER PASS.. emm sekejap jek.. dah la dgn hujan yang lebat.. .
Percutian JJCM kami ini pasti meninggalkan kenangan yang tak dapat dilupakan.. Rasanya lps ni kalau nk pergi lagi..mungkin Floating Market kot.. meriah la situ..

Cop dulu border pass



Welcome..Sawadikap..
Samila Beach @ Songkla.. cantik dan bersih..


Cowboy
Makan tengahari di Songkla lu..sedap nya tomyam

Masjid Pakistan di Bandar Hadyai

Sebelah kanan tu la Pakcik Brown..

Naik Tut tut senang utk shopping

Muka syok naik tut tut..
Floating Market

Kak ni bisnes baik nya atas boat.. Masyuk..

Kuih yang kak atas tu jual.comel dan kreatif.Nak mkn pun sayang

Makan mlm di Danoq ja..






Wednesday 31 July 2013

YAKIN LAH REZEKI ITU JAMINAN DARI ALLAH

Assalamualaikum wbt.
Dah lama saya x update blog ni.. Di bulan yang mulia & penuh keberkatan ni.. kami sekeluarga diuji Allah dengan  dugaan yang membuat kan kami lebih kuat & yakin kepada Nya.

" JIKA KITA BOLEH BERSYUKUR DENGAN APA YG KITA ADA..KITA TAKKAN RISAU DENGAN APA YANG BUKAN MILIK KITA"

Mama genggam dan cuba tanamkan dalam hati petikan di atas.

Bermula dari berita gembira selepas sambut ulangtahun perkahwinan kami yg ke 7.. ini hadiah yg bermakna buat kami. Seluruh family sambut berita gembira ini dgn doa2 agar selamat sehingga ke penghujungnya..
Namun..Allah Maha Berkuasa..Dia memberi peluang merasa kenikmatan yang telah lama mama tinggal tu walaupun sementara.. Kami redha di kala usia kandungan mencecah 9 minggu. Allah sudah tentukan rezeki kali ini Allah pinjamkan setakat ini sahaja. 

Pelbagai cerita & pengalaman disebalik rezeki kali ni.. Kami hanya berserah kepada Allah.. Allah tak pernah menjanjikan hidup ini mudah.. Tapi Dia berjanji akan sentiasa di sisi kita.. 

Tidak logik kalau kami sekeluarga kata tidak sedih.. bercucuran air mata mama ni tak mampu di tahan. yang bertambah sedih bg kami..Razin..satu2nya cahaya mata yg begitu mengharapkan adiknya muncul dgn lebih cepat bg mengisi kesunyian nya.. Xper nak..Allah ada.. Kita doa lagi yer setiap kali abis semayang.. 
Tapi Alhamdulillah..dia boleh terima dgn terbuka dan tiada lg soalan "Mama..bila adik nk kuar..Mama adik lapar ker mama?.. Babai adik..sambil peluk perut mama sebelum pergi sekolah.."

"YAKIN LAH REZEKI ITU JAMINAN DARI ALLAH.."


Salam Ramadhan & Salam Aidilfitri..

Dari kami sekeluarga..








Sunday 26 May 2013

Mandi manda

Assalamualaikum...
Cuti Wesak lps kami sekeluarga bawa budak2 pergi mandi kolam di Monterez Golf Club.
Asalnya nak mandi Club Cahaya SPK..tp pam kolam plak rosak.Terus la cari alternatif yg dekat.Kalau di Cahaya SPK seronok utk budak2..siap ada gelungsur..org pun xrame mmg privasi gak la..Tp dh rosak itu pam..terus down emosi budak2 tu nk mandi.
Di Monterez..biasa2 jer..tp dh janji nk bw g mandi.. layan jer..

Sunday 19 May 2013

Nasi Lemak Royale Hijau Kuning

Salam..
Masa balik untuk PRU Ke 13 yang lps..kami sempat lg singgah mkn tempat mkn yg wajib singgah bila balik kg.
Walau pun hujan..tetap org rame.
Sesapa yg pergi Kedah singgah la pekena Nasi Royale Hijau Kuning ni. Mmg jamin sedap la. Kalau hari2 pekena mmg leh gemuk..aduhhh


tukang beratur.mama jaga tempat

beratur nk amik makanan

sedapnya air dia



ini yg paling sedap.excited nk mkn lupa nk capture makanan awal.

Dengar cita Nasi Royale ada buka di Ampang. Kami xcuba lg..nnt Insyaallah kalau berkesempatan kami try..

Wednesday 1 May 2013

New Hair Style

Assalam..
Hari ni mama & ayah tunaikan hajat Razin nk botakkan kepala.
Asyik garu ..sikit2 garu..cek2 rupanya ada telur kutu. Emmm botak ja terus..
Razin ckp xper nnt rambut naik balik.Ewah..dia plak ajar mama ayah..



Hasilnya.....
...
..
.

Wednesday 17 April 2013

The Croods @ Setia City Mall

Salam semua.Masa cuti sekolah yg lps kami xtau nk entertain Razin mcm na.Sekali dia ajak balik kg. Tp time tu dh hari Rabu.Mama & Ayah tak boleh la apply cuti yg urgent. So..kami decide amik cuti hari Jumaat. Plan g tgk wayang. Lps Razin balik class intensif terus bw dia g tgk wayang.
Dia xtau nk g mana..smp sana ja terus line up bli tiket. Emmm Razin senyum smp telinga..Siap ckp lg.."Razin saaaayyyanggg Mama" Mama jerrr???Ayah??? hehe.. Mmg enjoy la kami..syok gila cita tu. Lawak..suara si eep tu adalah suara Harmony dlm Harry Porter tu. mmg cute. So utk filem tu kami bg 4 star. Kalau korg nk tau..Yuna ada nyanyi tuk OST filem ni.






Saturday 13 April 2013

Hari Sukan Tadika Anjung Pelangi

Hari ini 13 April 2013 berlangsung Hari Sukan Tadika Anjung Pelangi Puncak Alam. Kali ni mama saja yg dpt dtg.Ayah mcm biasa kerja. So ayah convo nnt make sure u attend. Last year xdpt attend sbb kerja. so nnt dont miss it. sukan razin start jam 9.30 pg - 12.15 tgh. Mujur la time bg hadiah baru hujan.Kalau tak mau sukan dlm hujn budak2 tu.

Monday 4 March 2013

Berdoa Untuk Rakyat di Lahad Datu

Assalamualaikum semua..

Tiada kata yang mampu diucapkan..

Marilah kita berdoa semoga saudara kita,sahabat dan pejuang kita di Sabah khususnya di Lahad Datu,Semporna sentiasa di lindungi Allah SWT.

Semoga kemelut ini ditamatkan dengan segera..

Kepada pejuang yang telah terkorban marilah sama2 kita sedekahkan AlFatihah..semoga roh mereka dicucuri rahmat oleh Nya dan ditempatkan bersama para Syahid yang lain..
Amin..

Sunday 17 February 2013

Lempeng Blue Berry Nona

As-Salam semua,
Di hari cuti campur dgn hujn2 ni sedap mkn makanan yg panas2.. 
Ditambah dgn menggunakan peralatan baru yg dapat dari opis lama sempena peninggalan opis..maka bertambah sedap lerrr..Thank you BPM..mcm tau2 jer pan saya dh rosak 1..huhuh.


Boleh tahan jugak..sedap kalau mkn panas2 ditambah pulak ada air teh o panas..emm menyelerakan..dah sejuk kureng la..
So lempeng segera ni recommended..


Tuesday 12 February 2013

Derita Kerana Ubat Yang Dibekalkan

Assalamualaikum semua..
Seronok kan cuti byk hari.. Kami hanya spend 1 hari drpd 4 hari cuti tuk jln2.. Lain2 dok umah ja..
Ok la sebenarnya saya nk cita psl lawatan saya ke HKL hari Jumaat tempoh hari.
Dihari Jumaat dengan penuh keberkatan penghulu segala hari..
Saya ingin berkongsi dengan semua mengenai satu kisah yang boleh memberi iktibar kepada kita..

Tengahari jumaat tu.. saya & member plan pergi melawat adik kpd student praktikal Seksyen ICT.Kebetulan jugak ayah dorg ni staf opis kami. So kami kenal.
Kami keluar kul12.30 tghari. Gerak dr Jln Ampang ke HKL hari ni amat lah teruk luar biasa. Xjauh mana pun tp amik masa 1jam 15 min tuk smp. Hish..hish hishh.. KL napa la ko ni suka sgt jem. Pegi la jem kt tmpt lain plak.. Kami hampir give up la nk smp HKL tu. Tp Allah kuatkan smgt utk kami berjumpa dgn adik Nurjinah ni..akhirnya kami smp..

Puas kami cari Wad Dermatologi akhirnya smp jugak. Wad ni xrame pesakit. So adik ni dok sorg je dlm bilik 4 katil ni. Kami tiba disambut oleh umi,ayah dan abg kpd adik NurJinah ni. Pertama kali kami tgk adik ni..kami terkejut yg sgt2.. Kulit adik ni seperti melecur terbakar. Bayangkan kulit kita yg terkena api tu.. naik belon2 tu..sedgkn kita kena api sikit naik belon ada air tu sikit pun asik ber aduh2 bagai.. Tp bayangkan adik ni 1 badan dia melecur mcm tu.. Sakit hanya Allah dan dia saja yg tahu. Air mata saya sudah bergenang.. perit nya rasa bila kita berada di tmpt dia.

Masa kami smp tu, mata adik ni tertutup.. bukan sedg tidur.. tp sdg menenangkn diri. Abg dia cuba selak sedikit kain didada dia utk tunjuk kpd kami keadaan bdn adik dia..tetiba adik ni  jerit ckp xnak..mesti sakit kan walau terkena sikit pun..

Kemudian, nurse yg jaga dtg..tukar ubat dlm botol sebanyak 50ml. Untuk makluman adik ni perlu ambil sebanyak 24 botol ubat dlm 1 hari.Kena ambil dlm 3 hari. Ubat ni kalau xsilap ubat utk recover dlm badan dia yg effect dr ubat yg salah ambil tu. Menurut ayah kpd adik NurJinah ni..untuk ubat tu saja RM40k. Alhamdulillah mujur kerja dgn gomen..jadi semua ditanggung. Bayangkan kalau kerja sendiri.. emmm banyak tu nak cekau..

Kesedihan kami terasa lg bila adik ni ingin membuang air kecil.. jeritan disebabkan pedih kulit yg melecur memecah kesunyian ward yg sunyi ni. Ya Allah.. betapa perit nya dia menanggung kesakitan tu... Umi dan ayah hanya mampu meminta dia bersabar..  "sabar dik tahan sikit nak sembuh kena tahan"kata ayah adik NurJinnah ni.

Kami ada bertanya kpd ayah adik Nurjinnah ni mengenai tindakan drpd Hospital yg memberi ubat yg salah tu..Menurut mereka sehingga hari lawatan kami ke hospital hari tu tiada langsung lawatan dr hospital terbabit. Doktor di HKL pun xde bg cadangan utk apa2 tindakan kpd hospital terbabit. Mungkin policy hospital tidak terlibat dr segi saman2 kot..(rasa jer la..)

Itu lah kisah sedikit sebanyak yg dpt saya kongsi penderitaan adik NurJinnah ni.
Hajat dihati nk ambil gambar keadaan adik ni di hospital..tp rasa xsedap plak ambil gambar dlm keadaan adik ni yg agak kronik.

Kami tinggalkan umi,ayah dan abg kepada adik NurJinnah hanya memberi kata2 semangat kepada mereka. Semoga adik NurJinnah sembuh dan dapat hidup seperti biasa semula. Amiin...

MOS:
1. sama2 la kita mengingatkan diri kita supaya jgn mengambil ubat dgn sesuka hati.. rujuk kpd yg pakar
2. Kalau ada history penyakit refer dgn doktor yg sama saja agar senang utk treatment dan ubat yg sesuai buat kita.


Saturday 2 February 2013

Kalimah Allah dan Romawi.

Ketika menunggu azan Jumaat, saya Alhamdullilah berkesempatan mendengar tazkirah, saya tidak sempat mendengar pengenalan ustaz yang memberi tazkirah oleh itu saya saya tidak ketahui siapa yang memberikan  tazkirah tersebut. Apa yang menariknya, ustaz menyuruh jemaah berfikir. Kata ustaz, hari ini orang sibuk membicarakan pengguna kalimah Allah, sebenarnya orang kristian jika hendak mendakwah orang Islam supaya bersama mereka, mereka boleh menggunakan al-Quran itu sendiri. Kita orang melayu tidak faham Islam, sekiranya orang kristian mengemukakan hujah dari Surah Ar-Ruum, surah ke 30, ayat 2-5.

2) Telah dikalahkan bangsa Romawi.
3)Di bumi yang dekat; dan mereka sesudah kekalahan itu akan menang
4)Dalam masa beberapa tahun lagi. Bagi Allahlah segala yang terjadi, sebelum dan sesudahnya. Dan pada   hari itu akan bergembiralah orang-orang beriman.
5)kerana pertolongan Allah. Dia akan menolong barangsiapa yang Dia kehendaki. Dan Dia adalah Maha Perkasa, Maha Penyayang.

Surah Rumm ni menceritakan tentang orang kristian bangsa Romawi yang berperang dengan Parsi , apabila Rom kalah orang beriman berasa sedih, dibumi yang dekat bermaksud bumi yang terdekat dengan Rasulullah s.a.w ketika itu  adalah Syam, peperangan itu berlaku di Syam.Dalam beberapa tahun Bangsa Romawi akan menang kembali kerana pertolongan Allah dan orang beriman akan bergembira.

Ustaz bertanya kepada sekalian jemaah, apa komen jemaah jika orang kristian membawa hujah ini. Ustaz itu telah meninggalkan kepada saya persoalan ini. Apabila selesai solat saya tanya kepada pakcik google dan merujuk kepada tafsir Al-Azhar yang tersimpan rapi di rumah. Persoalannya:

1. Mengapa orang beriman sedih
2. Siapa orang beriman yang bersedih
3. Mengapa mereka bergembira selepas itu
4. Mengapa bangsa Romawi mendapat pertolongan Allah. Menurut ustaz yang memberikan tazkirah Rahmat Allah ini untuk semua orang, tetapi Pertolongan Allah untuk orang yang beriman. Tentulah orang kristian beranggapan agama mereka benar kerana mendapat pertolongan Allah.

Saya hanya menemui jawapan ini:

Ketika Nabi Muhammad s.a.w masih dalam perjuangan yang sulit di Mekah sebelum pindah ke Madinah, terutamanya kerana tentangan yang begitu hebat dari kaum Musrikin Quraisy, terjadilah perang hebat di antara Bangsa Romawi dan Parsi. Dalam peperangan itu kekalahlah bangsa Romawi dan menang Bangsa Parsi atau Persia. Kerana kekalahan Romawi yang dianggap oleh Muslimin di Mekah "dekat" dengan mereka, kerana sama-sama percaya kepada Allah dan mempunyai kitab suci injil, dan menghormati Nabi Isa, meskipun kaum Muslimin tidak mengakui bahawa Nabi Isa itu Tuhan anak-anak Tuhan, namun kaum Muslimin di Makkah merasa sedih atas kekalahan Rum. Sedangkan kaum musyrikin Quraisy bila mendengar kekalahan Rum dan kemenangan Persia itu sangat mereka bergembira. Diwaktu itulah turunnya surah ini, megobat kedukaan Muslimin Makah bahwa Rum akan menang kembali dan mereka akan bergembira.

Pesoalan keempat, Allah memberikan kemenangan kepada Rum kerana mereka beriman dengan al- kitab sebelum turunya al-quran ( Al-Qasas: 52-55), Orang muslimin Mekah bersimpati dengan kekalahan Rum kerana mereka menganggap Orang Romawi itu beriman kerana dakwah nabi belum sampai kepada mereka. Tetapi setelah sampai dakwah Nabi kepada mereka;

"Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati manusia yang keras sekali permusuhannya kepada  yang beriman ialah golongan Yahudi dan golongan musyrik. Dan demi sesungguhnya engkau akan dapati golongan yang dekat sekali kasih mesranya kepada mereka yang beriman ialah yang berkata: “Bahawa kami ini ialah orang Nasrani” yang demikian itu, disebabkan ada di antara mereka pendita-pendita dan ahli-ahli ibadat dan kerana mereka pula tidak berlaku sombong."(Surah Al-Maidah:82)


Friday 1 February 2013

Shawl Half Moon 3 Tone

Salam semua ladies..
Saya sekarang tgh berjinak2 dgn..shawl..
Tgk org pakai so trigin nk pakai.. tp xpandai nk gayakan shawl ni.. sbb lilit byk sgt..
Tp bak kata org xtry xtau mcm na .. so saya dok usha2 shawl dan hasilnya shawl mcm ni yg saya dapat.. 
Cantik kan!! Kalau nk tgk lg pattern shawl dan tudung boleh tgk kt blog mamamiastyle.blogspot.com. Cantik2 shawl dan hijab yg ada.. Hehe..
So far, shawl ni sdp pakai.. tp kena pakai dgn inner neck sbb jarang.. Contoh inner pun boleh tgk kt fb https://www.facebook.com/mamamiastyle .. So boleh mix & match inner dgn shawl yg ada..
Ha..apa lg.. try la.
Selamat Mencuba..!!


Thursday 31 January 2013

Minyak rantai Repsol, sikolene or Motul???

Minyak rantai sangat penting bagi sebuah motor terutamanya perjalan sehari lebih dari seratus kilometer. Saya pernah menggunakan minyak rantai sikolene biasa atau foam. Saya juga menggunakan minyak rantai jenis Repsol.Repsol dan silkolene bagi saya samatara sahaja prestasinya, kerana dalam masa 4 hari sahaja saya mesti kena menegangkan rantai dan minyakkan semula rantai tersebut, tambah-tambah lagi musim hujan. Pada mulanya saya beranggapan rantai saya mungkin low quality, saya pun tukar rantai kepada heavy duty, tapi takler mahal jenis triple s. Keadaan sama berulang. Selepas itu saya pergi ke kedai di Sentul saya terserempak dengan brother ni dalam kedai sparepart. Brother ni bagitau abang tak payah beli minyak rantai, abang beli stop oil yang taruh dalam enjin kereta berupa oil treatement dekat rantai abang. Saya pun mencari stop oil harga dalam RM7. Selepas menggunakan petua abang tu tiada perbezaan antara menggunakan minyak rantai silkolene ke atau repsol. Cuma ianya murah.

Pada kesempatan cuti yang lalu saya pulang ke Sungai Petani, singgah sebentar di sebuah bengkel di Jalan Kampung Bakar Kapur. "Tauke..mana minyak rantai?" Tauke tu menunjukkan minyak Repsol dan Motul. "Mana paling bagus tauke??". "Paling bagus Motul". "Berapa harga tauke?" "RM55". Aku pun beli la, kerana ingin mencuba. Sehingga artikel ini ditulis, rantai motor aku masih berminyak dan tidak kendur setelah 3 hari. Tunggulah dulu baru aku membuat kesimpulan...Wassalam....

Jenis Motor KTN200
Rantai yang digunakan jenis biasa jenama RKM 428 130 lnk dan spoket MSD 41T dan depan XAM 16T SUZUKI DR125 86-00.
*
*12 Febuari 2013, (800KM) Rantai masih elok tidak perlu ditarik untuk tegangkan rantai, minyak Motul ni terbaik...saya minyakkan semula kerana rantai dah kena hujan, dan bersedia untuk mulakan perjalanan esok.


Wednesday 30 January 2013

Supermotard KTN 200 Puncak Alam

 Ramai selalu bertanya, berapa harga motor ni??
Motor sahaja tidak termasuk road tax dan insuran RM6800. Motor ni sebenarnya klon Model Suzuki DR200. 

Setelah menunggang motor ni ulang-alik kerja sehari 130 KM hari hari selama setahun lebih, saya berani mengatakan motor ni boleh pakai untuk perjalanan jauh tetapi untuk saya mengatakan tahan lama dan berapa lama mampu bertahan...WallahuAlam.

Sebelum ni saya memiliki motor Honda NSR150, Modenas Exite 130, Suzuki VR125 skuter dan Aprilia Rs125. Kesemua motor ni ader kelebihan tertentu. Apa kelebihan KTN 200?? Motor ni sebenarnya saya beli dan beranggapan ianya tahan lasak sebab jalan yang saya lalui tidak rata sebab tu saya beli motor ni. Pertama kali naik perubahan ketara tidak sakit badan bila perjalan 130km sehari, kerana supensi nyer lebih panjang dari moto biasa untuk menyerap hentakan. Tayar di ubah suai untuk jalan raya biasa dan diisi power gum, sejenis gum didalam tayar untuk menahan kebocoran bila ditusuk paku. Handling untuk mengambil corner adalah yang terbaik setakat ini dari kesemua motor yang saya pernah miliki. Top speed  saya rasa dalam 130km/j kerana meter saya telah rosak walaupun telah ditukar ganti semasa waranti. Itulah kelemahan pertama meternya low quality. Kelemahan kedua wiring dari bateri ke ground cable dan rectifier.  Saya pernah menukar rectifier semasa dalam tempoh jaminan. Motor ini akan semput jika bateri kita Kong....Kelemahan yang lain ialah gigi gear nyer tidak berkualiti dan mungkin patah. Motor ini pernah patah gear 3. Mungkin saya tidak bernasib baik, maklumlah motor klon. pusat service terdapat di Alma Bukit mertajam dan Segambut KL.

Anda boleh dapatkan senarai alat ganti dan harga dari kedua-dua pusat service berikut. Atau boleh juga beli terus alat ganti dari china. Antara modifikasi yang dibuat pada motor adalah menukarkan rantai jenis 520 ke 428. Perbezaan ketara kerana rantai 428 lebih ringan dan top speed bertambah.Rantai 428 lebih murah dan senang didapati tetapi spoket depan agak susah untuk dapat di pasaran. Saya dapatkan spoket depan dari wikibike menggunakan model dr125. Spoket belakang senang dapat, kerana boleh menggunakan spoket motor Honda Wave125, apa perlu dibuat besarkan sedikit lubang pada spoket belakang untuk ngam dengan hub belakang ktn. atau anda boleh order spoket depan dan belakang dari rakan FB di JB iaitu saudara Azli Kucin. Rajin-rajinlah menjenguk Fb grop https://www.facebook.com/groups/308269549197340/ untuk mendapatkan info lebih lanjut. Leave comment untuk sebarang pertanyaan IsyaAllah saya membalasnya.



Tuesday 29 January 2013

Tok Ayah Pendang

Berikhtiar mencari sebab musabab..
Bertandang di tepi Masjid Kampung Sawa kecil, Pendang, Kedah. Khabarnya ader Tok guru atau Tok Ayah pandai mengubati penyakit dengan izinNya. Tak salah kita pergi mencari bomoh untuk tujuan rawatan, tetapi kena tengok dulu kaedah rawatan. Tok Ayah ni menggunakan rawatan ayat al-Quran dan kitab Melayu Lama. Kaedahnya pada saya sama macam doktor moden. Doktor moden merujuk kajian penyakit oleh cendikiawan perubatan dan kajian itu dibukukan. Sama juga Tok Ayah, Tok ayah merujuk kepada kitab melayu lama, pada saya mungkin orang dulu-dulu membukukan pemerhatian mereka berdasar karekter-karektor personaliti manusia berdasarkan nama manusia dan nama ibunya. Rawatan Tok Ayah menggunakan kaedah sembahyang dan membaca Quran, tidak kira lah solat hajat witir dan khatam Quran.

Ader juga bomoh yang menipu dan melakukan perkara haram. Bukan setakat bomoh jer yang buat, Doktor pun ader. Ader doktor menukar jantina pesakit, pengguuran kandungan....kan itu perkara haram juga.

Bukan aku saja yang mai sini dengaq kata Celebriti dan pegawai tinggi Bukit Aman pun mai juga...

Aprilia Rs125 Sakit Tiada Pomen Repair

 Motor ni dah lama dah sakit...malas tuan nyer nak repair, masa sakit tu dah berjanji dengan wan mozad mekanik melayu kat sentul nak repair, si wan tu nak amik la motor tu dengan van, tunggu sebulan tak amik. Apa lagi pergi ke kedai la.. rupa-rupa nyer sudah bertukar wajah.. panggillah pekerja nyer tanyer..."Adik Wan ader tak???" Adik tu jawab "Wan tak der ini kedai dah bukan Wan punyer, dia dah pergi Sabah ker sarawak". Sampai hati wan tak cakap, banyak jugak motor customer yang wan tak siapkan dalam kedai tu.


Plan ke 2, hantar motor ke kedai berhampiran di Puncak Alam,    di Fasa 2, kedai cina.. "Boleh buat abang, saya Singapore punyer Pomen". Hantar seminggu dia cakap barang takder kena order sebulan atau dua bulan...Nampak macam nak kencing aku...Suruh pomen cina pasang balik.. pasang balik pun Charge RM80.. 

Plan ke 3 cari pomen melayu di Puncak Alam.. tapi mamat ni sekejap ader kat kedai sekejap tak der, rupanyer dia nak cabut buka bengkel sendiri, tapi tunggu jugak dia bukak bengkel tahun 2013, sampai sekarang takder nampak pun. Dalam hati cari pomen melayu kat Kg melayu subang plak. Sudah pergi jumpa dengan pomen tu, "hari isnin abang call, amik motor tu di puncak Alam" Tunggu sampai lepas Thaipusam haram tak der call pun..

Nak cari pomen mana lak ni........

Monday 21 January 2013

Aduhai Gigi Ku

Salam.. Hampir seminggu gigi me dah selamat arwah..huhuh. Minggu lepas Hari Rabu seperti yg dijanjikan..me dh apply cuti siap2. Ye la xmo la rekod xcantik dtg lewat ke opis.. Pagi Rabu lepas amik mak abah di rumah kak terus ke Klinik Pergigian Kuala Selangor. Dengan berpandukan GPS sampai la di klinik gigi. Register ngn tunjuk GL hubby terus xyah bayar apa2 yuran. So tunggu la situ sempat pegi toilet takut punya psl..dlm 10 minit dah kena panggil. Huhuhu..dah dag dig dug jantung ni. Baring doktor cek balik gigi tanya dh mkn ubat antibiotik yang doktor bg.. me just ckp siap abis on time lg.. ye la nk bg hilang sakit mkn jer ubat. tp xhilang2 gak sakit tu. OK lps borak psl ubat terus doktor inject kt gusi. Then tunggu kt luar dlm 10 minit. Masuk balik dgn rasa bibir ala2 negro pdhal xpun..emosi jer tuh.. OK anyomat geset go..doktor kuar semua tools yg ada. Tarik tolak ketuk.. Xcabut gak.. Doktor kata relax jgn stress tidak kapilari darah tahan gigi tu lg kuat. So susah nk cabut gg tu.. ok fine.. Dlm hati semua ayat dh baca.. Doa jauh dari bala la.. semua ada.. apa yg igt doa baca.. doa tidur pun baca tau..hehehe..takut nya psl semua doa bantai.. lawak kan(pikir2 balik bengong tul penakut). Pastu 15 minit berlalu doktor xleh cabut gak. Katanya me nya rahang pun goyang bila nak cabut. Assistant Doktor siap tahan dagu me utk xnk bg gerak. Kata nya rahang ni selalu lari track...ntahapa2 la lg komen psl rahang ni.. Pastu try lg dlm 10 minit. time ni rasanya cucuk bius tu dah dlm 5/6 kali agaknya..sbb dpt suntikan tuk hilang sakit katanya nanah dlm gusi tu xhilang lg.. Aduh time cucuk tu xrasa aper dah.. rasa sakit bab nk ready nk ditarik gigi tu jer.. OK, Doktor 1st mcm dh give up..dia ckp ok la saya panggil bos la yg expert. Dlm hati napa la gigi ni xmo kuar..apa ntah term gigi yg disebut yg buat gigi me ni xnk cabut. Ok dtg Doktor 2nd,borak2 try cabut xleh gak..pastu dia ckp sakit lg me kena bius lg.. Ya Allah...time tu rasa nk nangis pun ada. Napa susah sgt nk cabut. Doktor pun rasa give up siap suh balik mkn antibiotik lg dtg mgu dpn. Me ckp boleh tak doktor terus kan.. Saya xmo dah dtg lg..penat la tahan sakit gigi ni.. Doktor respond " Ni la patient yang cekal..suh balik xnak..nak cuba lg" "OK..Saya minta awak buka mata jgn pejam, relax" "1..2..3.. ok dah siap" Me dlm hati Alhamdulillah..rasa nk buat sujud syukur pun ada. Gila lah.. proses nk cabut gigi ni dalam 30 minit lebih rasanya.. Akhirnya...penderitaan berakhir sudah.. Doktor bg mc 2 hari.. so ari tu cancel cuti.. Hahaha..suka2..(sapa xsuka dpt mc leh dok umah ngn mak abah) So..di sini pesanan kpd semua.. kalau gigi tu dah reput/patah..pergi cpt klinik.. buat preventive apa yg patut. Mcm me..gigi ni reput sikit tu yg dlm gusi nanah..pastu nk cabut susah sbb gg reput. Emmm...jaga lah gigi kita selagi boleh.. Padahal me ni habit berus gigi 3 kali tu.. Ntah apa yg salah.. mungkin pemilihan ubat gigi tu yang penting.. Ok itu jer experien yg nak dikongsi dgn korang di luar. See u soon... Salam..

Thursday 3 January 2013

Kenapa Motor Vs Hijab

Salam semua..
Actually blog ni merupakan blog sharing between me n husband.Boleh kan ceggtu..ok la tu jimat 1 blog dh nk baca..Hahahah.. Boleh para2 wifey n hubby baca sekali..Ok perr!!Close relationship kannn..
2 dunia berbeza..Of course la kan lelaki dan perempuan...mana sama cita rasa utk semua skali..
Even ada la sama...sehati sejiwa kan ..tp ada yg feel kewanitaan dan kejantanan yg xbleh blah.. Hahaha..

So..disebabkan itu... kami get 2gether nk create blog..Blog 2 in 1. 
MotorVsHijab
Motor --- Of course para jejakawan di sana..
Hijab  ---  Of course ler Jelitawan kan..xde kan jejaka yg pakai hijab aka tudung.. Kalau ada..emmm jap nk  pikir status nyerr..

Ok..Entry kali ni utk wifey disana..so saya gunakan title me.. So lps ni kalau title dlm entry tu me..so korang di luar sana paham2 la..itu entry si wife aka women aka mama..dll yg sama waktu dgnnyerrr...paham kan..

Kalau tetiba entry tu mcm title ganazzzz..pelik2..tu maka paham2 la..sapa yg post entry tu..

OK paham murid2..chewah..maklum la sekolah dh start.. feel tu dh ada plak..
hihihi..

ok kengkawan di luar sana.. tunggu next entry ok.. Kita tgk sapa yg post..heheheh..

daaaaaa....

Salam Aloha 2013

Assalamualaikum wbt..salam sejahtera...
Dimulakan dengan Bismillah.
Untuk sekian kali hajat yang dh lama terpendam..
Akhirnya dpt jugak create blog untuk diri sendiri dan family..

Di kepala ni mmg ingin sgt nk create blog..tp time tuk mengadap monitor lama2 sambil berckp2 tu xda.
Tp bila byk sgt pengalaman yg dilalui terasa nk share dgn org luar sana.
Mana la tau kot2 ada yg sama idea,sama rasa, sama suka, sama benci dan sama2 apa2 la xkira la bab apa pun..
At least dh share dgn reader yg lain..
So, utk 1st post ni saya tinggalkan reader diluar sana dengan ucapan 
"Salam Blogger dan Reader.. Nice To Meet U..""
Alhamdulillah..
Assalamualaikum..


motorVshijab