Motor sahaja tidak termasuk road tax dan insuran RM6800. Motor ni sebenarnya klon Model Suzuki DR200.
Setelah menunggang motor ni ulang-alik kerja sehari 130 KM hari hari selama setahun lebih, saya berani mengatakan motor ni boleh pakai untuk perjalanan jauh tetapi untuk saya mengatakan tahan lama dan berapa lama mampu bertahan...WallahuAlam.
Sebelum ni saya memiliki motor Honda NSR150, Modenas Exite 130, Suzuki VR125 skuter dan Aprilia Rs125. Kesemua motor ni ader kelebihan tertentu. Apa kelebihan KTN 200?? Motor ni sebenarnya saya beli dan beranggapan ianya tahan lasak sebab jalan yang saya lalui tidak rata sebab tu saya beli motor ni. Pertama kali naik perubahan ketara tidak sakit badan bila perjalan 130km sehari, kerana supensi nyer lebih panjang dari moto biasa untuk menyerap hentakan. Tayar di ubah suai untuk jalan raya biasa dan diisi power gum, sejenis gum didalam tayar untuk menahan kebocoran bila ditusuk paku. Handling untuk mengambil corner adalah yang terbaik setakat ini dari kesemua motor yang saya pernah miliki. Top speed saya rasa dalam 130km/j kerana meter saya telah rosak walaupun telah ditukar ganti semasa waranti. Itulah kelemahan pertama meternya low quality. Kelemahan kedua wiring dari bateri ke ground cable dan rectifier. Saya pernah menukar rectifier semasa dalam tempoh jaminan. Motor ini akan semput jika bateri kita Kong....Kelemahan yang lain ialah gigi gear nyer tidak berkualiti dan mungkin patah. Motor ini pernah patah gear 3. Mungkin saya tidak bernasib baik, maklumlah motor klon. pusat service terdapat di Alma Bukit mertajam dan Segambut KL.
Anda boleh dapatkan senarai alat ganti dan harga dari kedua-dua pusat service berikut. Atau boleh juga beli terus alat ganti dari china. Antara modifikasi yang dibuat pada motor adalah menukarkan rantai jenis 520 ke 428. Perbezaan ketara kerana rantai 428 lebih ringan dan top speed bertambah.Rantai 428 lebih murah dan senang didapati tetapi spoket depan agak susah untuk dapat di pasaran. Saya dapatkan spoket depan dari wikibike menggunakan model dr125. Spoket belakang senang dapat, kerana boleh menggunakan spoket motor Honda Wave125, apa perlu dibuat besarkan sedikit lubang pada spoket belakang untuk ngam dengan hub belakang ktn. atau anda boleh order spoket depan dan belakang dari rakan FB di JB iaitu saudara Azli Kucin. Rajin-rajinlah menjenguk Fb grop https://www.facebook.com/groups/308269549197340/ untuk mendapatkan info lebih lanjut. Leave comment untuk sebarang pertanyaan IsyaAllah saya membalasnya.
Tiba-tiba rajin pulak baca pasal motor. Padahal motor ngan I cam langit dan bumi. :)
ReplyDeleteKalau dulu2 cerita secara direct skrg kena baca la cerita secara maya plak..
ReplyDeletemotor ni pengikat kasih
ReplyDeletetetiba senyum sorg2
ReplyDeleteSorry.. Nak tnye brape cost tuka smua tuh.. Moto sy rosak bende yg sama.. Tnye kedai.. Gear ajek rm700.. Bru berjinak2 pakai moto nih..
ReplyDeleteanda bole pegi pusat service sym segambut K.L,tel : 603-6258 1333
ReplyDeleteFax : 603-6258 2333, saya sarankan anda tel dulu, saya dah terkena jugak dalam rm700, tapi jika pergi beli sparepart kat service sym anda bole dapat dgn harga murah...yang penting call dulu kerana spare part selalu habis...saya rasa pusat service ada jual gigi gear yg rosak...atau anda bole beli satu set dlm RM400 lebih..ada spare part list disini http://www.ktn.com.my/product1.html ...beli dan cari kedai bayar upah pasang..
saya nak tanya..klu motor jarang start..klu bateri dah charge lepas tuh, bila start..motor semput semput kan?...satu lagi, ada tak group yg main offroad geng moto KTN ni..saya nak joinlah..saya tinggal dirawang...dan juga dimana workshop yg berdekatan dengan rumah saya kalu ada apa apa masalah nanti. blh jelaskan tak?
ReplyDeleteAssalamualaikum.. Kt sym moto segambut tu,ada xjual wiring ktn200 cc nihh??sbb wiring sya asik problem Jee..sya ingat nk tuka wiring 1set
ReplyDelete