Wednesday 31 July 2013

YAKIN LAH REZEKI ITU JAMINAN DARI ALLAH

Assalamualaikum wbt.
Dah lama saya x update blog ni.. Di bulan yang mulia & penuh keberkatan ni.. kami sekeluarga diuji Allah dengan  dugaan yang membuat kan kami lebih kuat & yakin kepada Nya.

" JIKA KITA BOLEH BERSYUKUR DENGAN APA YG KITA ADA..KITA TAKKAN RISAU DENGAN APA YANG BUKAN MILIK KITA"

Mama genggam dan cuba tanamkan dalam hati petikan di atas.

Bermula dari berita gembira selepas sambut ulangtahun perkahwinan kami yg ke 7.. ini hadiah yg bermakna buat kami. Seluruh family sambut berita gembira ini dgn doa2 agar selamat sehingga ke penghujungnya..
Namun..Allah Maha Berkuasa..Dia memberi peluang merasa kenikmatan yang telah lama mama tinggal tu walaupun sementara.. Kami redha di kala usia kandungan mencecah 9 minggu. Allah sudah tentukan rezeki kali ini Allah pinjamkan setakat ini sahaja. 

Pelbagai cerita & pengalaman disebalik rezeki kali ni.. Kami hanya berserah kepada Allah.. Allah tak pernah menjanjikan hidup ini mudah.. Tapi Dia berjanji akan sentiasa di sisi kita.. 

Tidak logik kalau kami sekeluarga kata tidak sedih.. bercucuran air mata mama ni tak mampu di tahan. yang bertambah sedih bg kami..Razin..satu2nya cahaya mata yg begitu mengharapkan adiknya muncul dgn lebih cepat bg mengisi kesunyian nya.. Xper nak..Allah ada.. Kita doa lagi yer setiap kali abis semayang.. 
Tapi Alhamdulillah..dia boleh terima dgn terbuka dan tiada lg soalan "Mama..bila adik nk kuar..Mama adik lapar ker mama?.. Babai adik..sambil peluk perut mama sebelum pergi sekolah.."

"YAKIN LAH REZEKI ITU JAMINAN DARI ALLAH.."


Salam Ramadhan & Salam Aidilfitri..

Dari kami sekeluarga..