Tuesday, 29 January 2013

Aprilia Rs125 Sakit Tiada Pomen Repair

 Motor ni dah lama dah sakit...malas tuan nyer nak repair, masa sakit tu dah berjanji dengan wan mozad mekanik melayu kat sentul nak repair, si wan tu nak amik la motor tu dengan van, tunggu sebulan tak amik. Apa lagi pergi ke kedai la.. rupa-rupa nyer sudah bertukar wajah.. panggillah pekerja nyer tanyer..."Adik Wan ader tak???" Adik tu jawab "Wan tak der ini kedai dah bukan Wan punyer, dia dah pergi Sabah ker sarawak". Sampai hati wan tak cakap, banyak jugak motor customer yang wan tak siapkan dalam kedai tu.


Plan ke 2, hantar motor ke kedai berhampiran di Puncak Alam,    di Fasa 2, kedai cina.. "Boleh buat abang, saya Singapore punyer Pomen". Hantar seminggu dia cakap barang takder kena order sebulan atau dua bulan...Nampak macam nak kencing aku...Suruh pomen cina pasang balik.. pasang balik pun Charge RM80.. 

Plan ke 3 cari pomen melayu di Puncak Alam.. tapi mamat ni sekejap ader kat kedai sekejap tak der, rupanyer dia nak cabut buka bengkel sendiri, tapi tunggu jugak dia bukak bengkel tahun 2013, sampai sekarang takder nampak pun. Dalam hati cari pomen melayu kat Kg melayu subang plak. Sudah pergi jumpa dengan pomen tu, "hari isnin abang call, amik motor tu di puncak Alam" Tunggu sampai lepas Thaipusam haram tak der call pun..

Nak cari pomen mana lak ni........

1 comment:

  1. moto aprilia ni nk kena specialist di batu cave. Moto Work services

    ReplyDelete