Minyak rantai sangat penting bagi sebuah motor terutamanya perjalan sehari lebih dari seratus kilometer. Saya pernah menggunakan minyak rantai sikolene biasa atau foam. Saya juga menggunakan minyak rantai jenis Repsol.Repsol dan silkolene bagi saya samatara sahaja prestasinya, kerana dalam masa 4 hari sahaja saya mesti kena menegangkan rantai dan minyakkan semula rantai tersebut, tambah-tambah lagi musim hujan. Pada mulanya saya beranggapan rantai saya mungkin low quality, saya pun tukar rantai kepada heavy duty, tapi takler mahal jenis triple s. Keadaan sama berulang. Selepas itu saya pergi ke kedai di Sentul saya terserempak dengan brother ni dalam kedai sparepart. Brother ni bagitau abang tak payah beli minyak rantai, abang beli stop oil yang taruh dalam enjin kereta berupa oil treatement dekat rantai abang. Saya pun mencari stop oil harga dalam RM7. Selepas menggunakan petua abang tu tiada perbezaan antara menggunakan minyak rantai silkolene ke atau repsol. Cuma ianya murah.
Pada kesempatan cuti yang lalu saya pulang ke Sungai Petani, singgah sebentar di sebuah bengkel di Jalan Kampung Bakar Kapur. "Tauke..mana minyak rantai?" Tauke tu menunjukkan minyak Repsol dan Motul. "Mana paling bagus tauke??". "Paling bagus Motul". "Berapa harga tauke?" "RM55". Aku pun beli la, kerana ingin mencuba. Sehingga artikel ini ditulis, rantai motor aku masih berminyak dan tidak kendur setelah 3 hari. Tunggulah dulu baru aku membuat kesimpulan...Wassalam....
Jenis Motor KTN200
Rantai yang digunakan jenis biasa jenama RKM 428 130 lnk dan spoket MSD 41T dan depan XAM 16T SUZUKI DR125 86-00.
*
*12 Febuari 2013, (800KM) Rantai masih elok tidak perlu ditarik untuk tegangkan rantai, minyak Motul ni terbaik...saya minyakkan semula kerana rantai dah kena hujan, dan bersedia untuk mulakan perjalanan esok.
nice sharing info..^_^
ReplyDeletesaya suka baca cerita2 berkenaan KTN200 di blog ni. terima kasih kerana berkongsi pengalaman..
ReplyDeleteterima kasih juga sudi baca blog kami.nnt kita minta tuan ktn ni update cita baru.
ReplyDelete