Tuesday, 12 February 2013

Derita Kerana Ubat Yang Dibekalkan

Assalamualaikum semua..
Seronok kan cuti byk hari.. Kami hanya spend 1 hari drpd 4 hari cuti tuk jln2.. Lain2 dok umah ja..
Ok la sebenarnya saya nk cita psl lawatan saya ke HKL hari Jumaat tempoh hari.
Dihari Jumaat dengan penuh keberkatan penghulu segala hari..
Saya ingin berkongsi dengan semua mengenai satu kisah yang boleh memberi iktibar kepada kita..

Tengahari jumaat tu.. saya & member plan pergi melawat adik kpd student praktikal Seksyen ICT.Kebetulan jugak ayah dorg ni staf opis kami. So kami kenal.
Kami keluar kul12.30 tghari. Gerak dr Jln Ampang ke HKL hari ni amat lah teruk luar biasa. Xjauh mana pun tp amik masa 1jam 15 min tuk smp. Hish..hish hishh.. KL napa la ko ni suka sgt jem. Pegi la jem kt tmpt lain plak.. Kami hampir give up la nk smp HKL tu. Tp Allah kuatkan smgt utk kami berjumpa dgn adik Nurjinah ni..akhirnya kami smp..

Puas kami cari Wad Dermatologi akhirnya smp jugak. Wad ni xrame pesakit. So adik ni dok sorg je dlm bilik 4 katil ni. Kami tiba disambut oleh umi,ayah dan abg kpd adik NurJinah ni. Pertama kali kami tgk adik ni..kami terkejut yg sgt2.. Kulit adik ni seperti melecur terbakar. Bayangkan kulit kita yg terkena api tu.. naik belon2 tu..sedgkn kita kena api sikit naik belon ada air tu sikit pun asik ber aduh2 bagai.. Tp bayangkan adik ni 1 badan dia melecur mcm tu.. Sakit hanya Allah dan dia saja yg tahu. Air mata saya sudah bergenang.. perit nya rasa bila kita berada di tmpt dia.

Masa kami smp tu, mata adik ni tertutup.. bukan sedg tidur.. tp sdg menenangkn diri. Abg dia cuba selak sedikit kain didada dia utk tunjuk kpd kami keadaan bdn adik dia..tetiba adik ni  jerit ckp xnak..mesti sakit kan walau terkena sikit pun..

Kemudian, nurse yg jaga dtg..tukar ubat dlm botol sebanyak 50ml. Untuk makluman adik ni perlu ambil sebanyak 24 botol ubat dlm 1 hari.Kena ambil dlm 3 hari. Ubat ni kalau xsilap ubat utk recover dlm badan dia yg effect dr ubat yg salah ambil tu. Menurut ayah kpd adik NurJinah ni..untuk ubat tu saja RM40k. Alhamdulillah mujur kerja dgn gomen..jadi semua ditanggung. Bayangkan kalau kerja sendiri.. emmm banyak tu nak cekau..

Kesedihan kami terasa lg bila adik ni ingin membuang air kecil.. jeritan disebabkan pedih kulit yg melecur memecah kesunyian ward yg sunyi ni. Ya Allah.. betapa perit nya dia menanggung kesakitan tu... Umi dan ayah hanya mampu meminta dia bersabar..  "sabar dik tahan sikit nak sembuh kena tahan"kata ayah adik NurJinnah ni.

Kami ada bertanya kpd ayah adik Nurjinnah ni mengenai tindakan drpd Hospital yg memberi ubat yg salah tu..Menurut mereka sehingga hari lawatan kami ke hospital hari tu tiada langsung lawatan dr hospital terbabit. Doktor di HKL pun xde bg cadangan utk apa2 tindakan kpd hospital terbabit. Mungkin policy hospital tidak terlibat dr segi saman2 kot..(rasa jer la..)

Itu lah kisah sedikit sebanyak yg dpt saya kongsi penderitaan adik NurJinnah ni.
Hajat dihati nk ambil gambar keadaan adik ni di hospital..tp rasa xsedap plak ambil gambar dlm keadaan adik ni yg agak kronik.

Kami tinggalkan umi,ayah dan abg kepada adik NurJinnah hanya memberi kata2 semangat kepada mereka. Semoga adik NurJinnah sembuh dan dapat hidup seperti biasa semula. Amiin...

MOS:
1. sama2 la kita mengingatkan diri kita supaya jgn mengambil ubat dgn sesuka hati.. rujuk kpd yg pakar
2. Kalau ada history penyakit refer dgn doktor yg sama saja agar senang utk treatment dan ubat yg sesuai buat kita.


No comments:

Post a Comment