Saturday, 2 February 2013

Kalimah Allah dan Romawi.

Ketika menunggu azan Jumaat, saya Alhamdullilah berkesempatan mendengar tazkirah, saya tidak sempat mendengar pengenalan ustaz yang memberi tazkirah oleh itu saya saya tidak ketahui siapa yang memberikan  tazkirah tersebut. Apa yang menariknya, ustaz menyuruh jemaah berfikir. Kata ustaz, hari ini orang sibuk membicarakan pengguna kalimah Allah, sebenarnya orang kristian jika hendak mendakwah orang Islam supaya bersama mereka, mereka boleh menggunakan al-Quran itu sendiri. Kita orang melayu tidak faham Islam, sekiranya orang kristian mengemukakan hujah dari Surah Ar-Ruum, surah ke 30, ayat 2-5.

2) Telah dikalahkan bangsa Romawi.
3)Di bumi yang dekat; dan mereka sesudah kekalahan itu akan menang
4)Dalam masa beberapa tahun lagi. Bagi Allahlah segala yang terjadi, sebelum dan sesudahnya. Dan pada   hari itu akan bergembiralah orang-orang beriman.
5)kerana pertolongan Allah. Dia akan menolong barangsiapa yang Dia kehendaki. Dan Dia adalah Maha Perkasa, Maha Penyayang.

Surah Rumm ni menceritakan tentang orang kristian bangsa Romawi yang berperang dengan Parsi , apabila Rom kalah orang beriman berasa sedih, dibumi yang dekat bermaksud bumi yang terdekat dengan Rasulullah s.a.w ketika itu  adalah Syam, peperangan itu berlaku di Syam.Dalam beberapa tahun Bangsa Romawi akan menang kembali kerana pertolongan Allah dan orang beriman akan bergembira.

Ustaz bertanya kepada sekalian jemaah, apa komen jemaah jika orang kristian membawa hujah ini. Ustaz itu telah meninggalkan kepada saya persoalan ini. Apabila selesai solat saya tanya kepada pakcik google dan merujuk kepada tafsir Al-Azhar yang tersimpan rapi di rumah. Persoalannya:

1. Mengapa orang beriman sedih
2. Siapa orang beriman yang bersedih
3. Mengapa mereka bergembira selepas itu
4. Mengapa bangsa Romawi mendapat pertolongan Allah. Menurut ustaz yang memberikan tazkirah Rahmat Allah ini untuk semua orang, tetapi Pertolongan Allah untuk orang yang beriman. Tentulah orang kristian beranggapan agama mereka benar kerana mendapat pertolongan Allah.

Saya hanya menemui jawapan ini:

Ketika Nabi Muhammad s.a.w masih dalam perjuangan yang sulit di Mekah sebelum pindah ke Madinah, terutamanya kerana tentangan yang begitu hebat dari kaum Musrikin Quraisy, terjadilah perang hebat di antara Bangsa Romawi dan Parsi. Dalam peperangan itu kekalahlah bangsa Romawi dan menang Bangsa Parsi atau Persia. Kerana kekalahan Romawi yang dianggap oleh Muslimin di Mekah "dekat" dengan mereka, kerana sama-sama percaya kepada Allah dan mempunyai kitab suci injil, dan menghormati Nabi Isa, meskipun kaum Muslimin tidak mengakui bahawa Nabi Isa itu Tuhan anak-anak Tuhan, namun kaum Muslimin di Makkah merasa sedih atas kekalahan Rum. Sedangkan kaum musyrikin Quraisy bila mendengar kekalahan Rum dan kemenangan Persia itu sangat mereka bergembira. Diwaktu itulah turunnya surah ini, megobat kedukaan Muslimin Makah bahwa Rum akan menang kembali dan mereka akan bergembira.

Pesoalan keempat, Allah memberikan kemenangan kepada Rum kerana mereka beriman dengan al- kitab sebelum turunya al-quran ( Al-Qasas: 52-55), Orang muslimin Mekah bersimpati dengan kekalahan Rum kerana mereka menganggap Orang Romawi itu beriman kerana dakwah nabi belum sampai kepada mereka. Tetapi setelah sampai dakwah Nabi kepada mereka;

"Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati manusia yang keras sekali permusuhannya kepada  yang beriman ialah golongan Yahudi dan golongan musyrik. Dan demi sesungguhnya engkau akan dapati golongan yang dekat sekali kasih mesranya kepada mereka yang beriman ialah yang berkata: “Bahawa kami ini ialah orang Nasrani” yang demikian itu, disebabkan ada di antara mereka pendita-pendita dan ahli-ahli ibadat dan kerana mereka pula tidak berlaku sombong."(Surah Al-Maidah:82)


No comments:

Post a Comment